BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
setiap percintaan itu indah sekiranya bersulamkan keikhlasan
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 6, 2011

Pertarungan Sengit

Setelah bermandi darah, segala pahlawan kaum sangkar dan kaum niratna keletihan, panglima tinggi bintang enam belas bersiap untuk turun membantu para pejuang, sewaktu melangkah turun ke padang pertempuran, guruh dan awam hitam saling berdentum dan menyeliputi seluruh alam maya, panglima tinggi enam belas melangkah dengan perlahan kerana dalam lubuk haitnya masih ragu-ragu akan kebatinan pertahanannya, si senjakala pula menjadi taruhan kaum sangkar untuk mengemudi jentera serangan terahkir, tiada rasa takut dalam dirinya, dipersiapkan segala macam tipu helah untuk dia menumpaskan panglima tinggi enam belas. Jani orang kanang senjakala menjinjing pasu berisi air jampi, diletakkannya dihadapan para pejuang terakhir kaum sangkar, satu persatu pahlawan vetaran menceduk dan menghirup air jampi mentera 7 gunung itu. Tok Nibai merupakan panglima paling tua dalam panglima bintang enam belas berdiri tegap memandang padang pertempuran. ambilkan aku sehelai daun emas betulis mentera cendera inang jerkah tok nibai kepada semat org kanannya. semat membawa daun emas sebesar tapak tangan itu kepada tok nibai, tok nibai menjunjung daun emas ke langit, dibacanya mentera, terdengarlah suara garangnye sayup perlahan dan makin perlahan membaca mentera itu.

0 comments: