BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
setiap percintaan itu indah sekiranya bersulamkan keikhlasan
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 31, 2010

aku

pakaian ku compang camping
tubuhku berbau
penuh dengan kebencian
selangkah ku berjalan
aku dicemuh
mengapa orang menghina aku
aku tidak kaya
hanya kotak yang menjadi alas tidur ku
selimut ku hanya embun dingin
bantalku hanya batu bata keras
tubuh ku menggigil kesejukkan
basah kuyup disiram air hujan
tanpa seorang pun menghulur
pelastik untuk membalut tubuh ku
sampai bila orang mengeji aku
aku hanya insan yang menumpang kasih
aku hanya insan yang inginkan kedamaian
aku hanya insan yang lemah

seindahnya

semalam aku bergimbira
berduka
sentiasa mengharapkan sesuatu keindahan
keindahan yang memantau tubuh ku
terasa berat hati meninggalkannya
namun aku kembali jua
aku kembali dengan penuh harapan minda
minda-minda kosong kolot yang aku miliki

Monday, March 29, 2010

ape aku pedulik

ini adalah salah satu jenayah paling berat yang telah berlaku dalam dunia sanubari seorang insan, kamal( bukan nama sebenar ) telah merogol dengan zalim seorang kanak-kanak yang tidak berdosa, setelah dirogol dibunuh pula budak itu.

Pendapat aku

aku berpendapat bahawa segala usaha amatlah penting sekiranya kita inginkan kejayaan, yang paling penting adalah matlamat, sekiranya kita tidak mempunyai matlamat kita akan gagal, sebagai contoh matlamat untuk kaya, tetapkan matlamat kita untuk kaya itu sebagai salah satu cara untuk kita teruskan hidup, untuk mencapai matlamat tersebut kita haruslah berusaha dengan gigih dan cemerlang, sekiranya kita tidak berusaha kita akan gagal untuk selamanya, percaya atau tidak itu terpulang dekat orang itu. macam aku, matlamat aku adalah untuk berjaya, berjaya dari segi apa itu adalah rahsia aku, apa yang aku cita-citakan semuanya adalah impian, impian sama seperti matlamat tadi. tetapi berbeza dari segi masanya, impian kita untuk berjaya dalam hidup yang paling penting kerana tanpa matlamat hidup kita akan gagal.

zaman ukm


sebagai seorang pelajar tidak banyak, pasti ada sedikit perasaan ingin melangkah ke menara gading, begitu juga dengan aku, setelah berjaya melangkah ke alam menara gading aku rasa bersyukur kerana kelulusan aku setaraf dengan abang aku yang lain, aku melangkah dengan penuh yakin ke UKM, susah juga benarnya untuk sesuaikan hidup dekat tempat berilmu ni, silap langkah masuk gaung, lompat-lompat tak sampai masuk gaung juga, persetan dengan gaung dekat ukm ni, nak buat apa masuk gaung, baik mendaki gunung, tahun pertama aku terjatuh ke jurang paling dalam, sebab tak sesuai aku tekad keluar, maklumlah pointer 2.1, gila apa pointer lagi sikit nak kena tendang dari ukm, aku pon bertekad dengan azam yang baru untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang siswazah, aku tinggal dunia sebagai orang konon-konon penting, p mampus la orang nak kata apa janji aku bahagia. aku dengan egonya walau naik kriss bukan yamaha ego.. aku belah macam setan lepas rasuk orang. tahun satu aku penuh dengan pemberontakkan, bergolok bergadai macam sial.
tamat tahun satu masuk pula tahun dua
masa ni aku baru kenal apa tu universiti, ape tu?,,, ya gedung ilmu, bukan gedung membeli belah cam gian ngan kapok.. (gian dan kapok bagi mereka yang shoping kt situ sama je ngan barang kt kedai sulaiman). tahun dua aku penuh dengan kerjaya, sebagai pelakon, sebagai kuli, dan sebagai mahasiswa, aku mula tahu apa itu nota, ape itu kuliah, apa itu kawan dan yang penting apa tu... hahaha.. gelak ketawa yang ikhlas dari kawan aku yang aku kawan..
bila dah ketawa dah enjoy baru aku kenal dan menasihati junior aku, korang kawan-kawan la dengan budak sama bidang, jgn asik nak kawan satu bumbung je, nanti xde life esok bila dah habis belajar, ye ke? lantak la aku nak nasihat junior aku.. zaman-zaman riang aku habiskan ditahun dua, al-maklumlah dah masuk tahun dua mesti nak enjoykan, so aku pon ter enjoy la macam kt bawah nisebgai manusia biasa aku memang x pernah lari dari kesilapan, cuma kali ini kesilapan yang aku buat terlalu besar seperti "no turning back" semakin hari semakin banyak silap aku buat, satu demi satu macam tak putus-putus, tapi aku tetap dengan pendirian, pedulik apa, apa aku pedulik, aku bukan kesahpon, ayat-ayat yang sering aku ucapkan bila aku malas nak buat sesuatu, aku memang macam pedulik apa memang sering bermain dibibir aku, ape aku kesah. Kalau korang kesah pon aku buat tak tau je.. dalam masa belajar ini lah aku mengenal erti-erti hidup susah untuk hidup, erti orang tidak berduit, erti orang miskin, semua aku rasa, pernah aku makan bubur dengan sos cili, ini cerita benar antara aku dan kawan aku je tau, bubur dengan sos beb, gila ah, pelarian afrika pon dapat makan gandum, ini bubur dengan sos je aku makan, kalau sehari tak apa ini behari-hari. Sampai dah tak tahan baru mintak duit dai Abah aku, x pon abg aku RM50 tiap2 bulan, RM5o plus Duit Abah aku Rm150, dapat la RM200 aku gunakan tiap2 bulan, kadang lebih gak la.. beratus-ratus gak la dapat. tapi duit tu memang untuk makan jer la, cerita duit kat Universiti ni kalau sape yang tak tau manage duit, habis lingkup la hidup korang, nak harap ptptn sory tu say la, sape yang boleh hidup ngan ptptn memang aku respek la. aku siyes tak boleh.masuk tahun tiga la senang
tahun paling aku serabut, tesis paling utama, sebab apa tesis penting, sebab tak siap tesis mane bolen konvo. waktu ni aku dah makin pening nak hadapi hari-hari yang mendatang sebabnya makin banyak la kena buat lepas ni, rumah tangga kena dirikan, nk cite kawin ke, tak nak la, duit pon tak cukup lagi nak sara anak orang,gila, nak bagi makan apa. setakat makan pasir lauk angin minum air hujan boleh la.

aku memang macam ni sentiasa jadi pembantu dalam apa jua majlis, pembantu tambah menyibuk, memang hobi kot, ke perangai aku macam lakhanat. kah kah kah..

kemana hilangnya warnaimpianku.blogspot

untuk memulakan sesuatu yang baru aku dengan yakin melangkah ke zaman dewasa, gaya pemikiran aku berubah satu demi satu, aku bertekad untuk mengejar cita-cita yang aku impikan sekian lama, meninggalkan alam facebook kembali kepada blog yang baru. dengan berjayanya aku cuba mencari yang terbaik dalam hidup ini, suka hatilah orang nak cakap ape pasal aku, aku dilahirkan untuk berjaya, aku mempunyai prinsip hidup aku sendiri, jangan sesekali cuba mengubah diriku kerana aku adalah aku. Manusia yang sering lupa dengan asal mereka aku harap dapat kembali, walaupun aku ini insan kecil, maka aku menghormati insan yang lebih besar. sape nak bace blog aku, memang tiada yang nak baca, baca pun bukan ade ape yang menarik cuma aku yang membaca blog aku..

aku kembali

kenapa aku kembali menjadi tajuk yang aku nak tulis, sebab aku kembali...