BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
setiap percintaan itu indah sekiranya bersulamkan keikhlasan
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 24, 2010

Aku Cinta Kamu / I Love You

Aku cinta kamuI love you… Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.

Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah-olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.

Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan “Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu…setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita.

If I was

If I was a flower growing wild and free
all I want is you to be my sweet honey bee
and if I was a tree growing tall and green
all I want is you to shade me and be my leaves

kuasa cinta

“Cinta itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal. Qois mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya.”

cinta sejati

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”